Konfigurasi Static Routing – Langkah Demi Langkah

Pengenalan Routing

Routing adalah proses yang membina jadual routing pada router. Satu paket yang dihantar dalam subnet yang sama tidak memerlukan maklumat routing untuk sampai ke destinasinya. Namun, jika paket dihantar dari satu subnet ke subnet lain, ia memerlukan maklumat routing, seperti destination network, subnet mask, dan default gateway , untuk sampai ke destinasinya

Dynamic vs Static Routing

Ada dua kaedah yang dapat digunakan untuk menambahkan informasi routing ke router.

Static Routing

Seperti namanya, static routing dikonfigurasi oleh pentadbir secara manual. Static routing tidak menggunakan algoritma atau mekanisme routing untuk mengemas kini jadual routing. Kaedah ini lebih sesuai untuk rangkaian kecil, di mana seseorang dapat mengingati semua maklumat laluan dengan mudah. Oleh kerana static routing tidak membenarkan kemas kini laluan secara automatik, oleh itu, ia dianggap lebih selamat daripada dynamic routing.

Dynamic Routing

Andaikan topologi rangkaian yang mengandungi 30 router dan setiap router mempunyai beberapa subnet. Bagaimana seseorang dapat menghafal rangkaian mana yang terhubung ke router yang mana dan gateway apa yang disambungkan ke rangkaian tersebut. Ini adalah tugas yang sangat sukar. Jadi dynamic routing digunakan sebagai penyelesaian untuk masalah ini. Dynamic routing biasanya dikonfigurasi dengan bantuan protokol yang disebut routing protocols. Oleh kerana dynamic routing mengemas kini maklumat routing antara router secara automatik, jadi ia lebih sesuai untuk rangkaian yang besar. Di samping itu, lebih menjimatkan masa daripada routing static. Namun, dynamic routing menggunakan lebih banyak sumber, seperti CPU, memori, dan bandwidth daripada static routing.

Static Routing Configuration: Langkah demi langkah

Sebelum anda dapat mengkonfigurasi static routing, anda harus mengetahui sintaks arahan IP route yang digunakan untuk mengkonfigurasi static routing. Sintaks arahan ip route seperti berikut:

Router(config)#ip route <destination network> <subnet mask> <exit interface or default gateway>

Sudahkan anda mengetahui dan memahami apa itu static routing? Mari kita lihat cara mengkonfigurasi static routing. Untuk mengkonfigurasi static routing, kami akan menggunakan topologi berikut. Jika anda menggunakan simulator, seperti Cisco Packet Tracer, buat topologi berikut di Cisco Packet Tracer dan konfigurasikan alamat IP pada router dan PC seperti yang nyatakan dalam topologi.

Dalam topologi sebelumnya, pada Router0, kita perlu menambahkan rangkaian yang tidak disambungkan secara langsung (20.0.0.0/8). Untuk melakukan ini, jalankan arahan berikut pada Router0.

Router0(config)#ip route 20.0.0.0 255.0.0.0 192.168.1.2

Sama juga, pada Router1 tambahkan rangkaian 10.0.0./8 menggunakan arahan ip route

Router1(config)#ip route 10.0.0.0 255.0.0.0 192.168.1.1

Setelah anda melaksanakan perintah sebelumnya pada kedua router, paparkan jadual routing pada keddua-dua router dengan menjalankan perintah show ip route.

Pada gambarajah di atas, anda dapat melihat bahawa rangkaian 20.0.0.0/8 ditambahkan pada Router0 melalui static routing. Sekarang, anda boleh menggunakan perintah ping untuk memeriksa sambungan antara peranti dalam topologi rangkaian.

Dalam posting ini, kami telah membincangkan apa itu static routing dan bagaimana mengkonfigurasinya . Sekarang, boleh ke posting seterusnya dan pelajari cara mengkonfigurasi dynamic routing menggunakan routing protocols.

Avatar photo
About MdYie 34 Articles
Orang biasa-biasa je,  suka tolong orang. Pelajar-pelajar bidang kemahiran yang pening nak dapatkan tips, panduan berkenaan server, networking, ICT, boleh je roger-roger. Tak nak bagi orang pening-pening. Jadi, jangan pening! Kita kongsi sama