Komen Biasa PPL Semasa Presentation FYP

Gambar sekadar hiasan

Wallaweii.. banyak kena komen dengan PPL pasal FYP sem ni. So para pelajar DKM take note ye dgn komen2 ni. Antaranya :

  1. Presentation yg kaku. Diulangi..KAKU! Present tak bergerak2, dok baca slide depan laptop je..
  2. Slide presentation yang tak kreatif langsung.. kalu jual produk confirm tak laku sbb tak dapat attract clients. Bukan nak yg canggih2 mcm students Multimedia, tp at least slide tu nampak la sikit identitinya sbg student level Diploma (Bkn saya yg cakap ni yee.. PPL yang komen).
  3. Present tak nampak formality langsung.. mcm present dekat kawan2 jee.. asyik guna perkataan “kita orang”.. mcm PPL tu kawan2 dia jee..
  4. Pakaian semasa sesi presentation tak bersesuaian. Patut pakai baju formal. Berkemeja berseluar slack, berkasut kulit (kulit tipu pun takpe), berbaju kurung. Ni pakai baju kurung, pastu pakai kasut Pallas.. tak sesuai untuk presentation. Kalu boleh mcm peragawan atau peragawati pun takpe.. masa tu la anda nak bergaya sakan..
  5. Bab KAJIAN LAPANGAN bnyak yang fail, sbb takde pun data2 berkaitan projek yang dibangunkan. Nama pun KAJIAN LAPANGAN, mestilah ada data-data yang berkaitan sebelum membangunkan projek, kalu tak mcm mana wujudnya idea nk membangunkan projek tu..
  6. Bab PENGENALAN projek pun sama. Dah tak dapat beza mana satu Pengenalan mana satu Objektif. Pengenalan tak memberikan gambaran yang jelas & menyeluruh pasal projek yang dibangunkan.
  7. Semua group yang present hari tu mcm KAMIKAZE! Mengharapkan projek jadi / berfungsi/hidup masa hari present. Tup2 masa demo projek tak berfungsi, tak hidup, tak menjadi, tak boleh test, mcm2 tak lagi… Alasan biasa “ Eh! Semalam jadi dah test, hari ni tak jadi plak” atau “ Network tak berapa stabil ni” atau “ Server down ni, tak dpt connect ke internet” dll. Agak2 PPL nak terima ke semua alasan tu? Takde buat BACKUP plan pun.. Rakam video ke bila projek dah berfungsi. At least kalu masa demo problem2 tu dtg, boleh la tunjuk video kefungsian tu kpd PPL. PPL ni bukanlah kejam sangat. Kalu ada bukti, dia boleh bagi lepas je..
  8. CARTA GANTT terlalu jujur! Habis satu fasa kerja, baru boleh jalan kerja lain. Agak2 takde ke kerja yang boleh berjalan serentak? Contohnya order barang dah seminggu.. takkan nak tunggu lepas tempoh seminggu baru nak mula kerja lain? Kan buang masa tu. Pastu semua group Carta Gantt semua sama jee.. edit item2 kat dalam tu je..
  9. SKEMATIK DIAGRAM bagi projek banyak yg kena komen! Diagram bukan mcm technical diagram.. kadang2 sendiri buat sendiri tak dapat nak terangkan. Apalagi orang lain yang menengoknya. Takde symbol, tak de legend, cable ikut suka letak je..
  10. Komen dari TAC ( Wakil Industri) – Knowledge pelajar dalam basic punye perkara amat2lah lemah.. kalu basic pun tak tahu, mcm mana nak menghuraikan projek dengan lebih mendalam. Kalu ditanya apa maksud Cat6, apa maksud DNS, apa protokol yang digunakan dalam network, dan lain2 perkara asas bnyak tahu, bagaimana persepsi client dengan produk yang anda hasilkan?
  11. Projek yang dihasilkan tak semestinya berfungsi / berjaya sepenuhnya. Tapi kalu tak berfungsi / berjaya , kena ada point dan hujah2nya kenapa tak berjaya? Hujah bukan sebarang hujah, hujah2 tersebut harus ada fakta dan datanya. Mungin dgn hujah tersebut boleh memberikan sedikit markah “kesian” dari PPL untuk meluluskan anda.
  12. Buat projek FYP harus sepenuhnya dengan kesungguhan. Kalu tak tidur pukul 3-4 pagi atau tak tidur kat Bengkel sbb nak buat projek FYP ni, itu tak menunjukkan kesungguhan pun. Kalu dah buat benda2 tu.. barulah ada kesungguhannya. Tidur setakat 2 jam saja sudahlahh ( Ini En. PPL yang bgatau yee..bukan saya yg bgtau)
  13. Akhir sekali nak buat projek FYP ni bukanlah setakat nak buat & nak siapkan saja, kena ada “jiwa” dan “rasa” seolah2 projek FYP ni MAHAKARYA anda..Barulah kesungguhan itu hadir, kesukaran dapat diatasi dan present nanti pun dengan sepenuh hati, muka pun berseri-seri, senyum hingga nampak gigi 🙂
Sebenarnya banyak lagi komen-komen dari PPL yang direkodkan masa Presentation Session tersebut.. cukuplah saya listkan seperti di atas sahaja kerana apa yg dikomen oleh PPL tersebut adalah perkara sama yang dikomen dan ditekankan oleh Penyelia2 FYP anda.. Janganlah esok nak present, hari ni baru nak bersedia. Mmg presentation anda akan carca marba. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum present, bersedialah dengan fizikal, knowledge dan material yang secukupnya. Anggaplah sesi presentation tersebut sebagai sesi untuk anda MENJUAL produk anda kepada clients. Kalau anda tidak berjaya MENJUAl produk anda tersebut, sekurang-kurangnya anda telah berjaya menimbulkan minat dan membuka mata telinga client anda (dlm kes ni PPL & TAC) untuk mendenganr hujahan anda.. POSITIFKAN DIRI ANDA…
Avatar photo
About MdYie 34 Articles
Orang biasa-biasa je,  suka tolong orang. Pelajar-pelajar bidang kemahiran yang pening nak dapatkan tips, panduan berkenaan server, networking, ICT, boleh je roger-roger. Tak nak bagi orang pening-pening. Jadi, jangan pening! Kita kongsi sama